KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) bersetuju
menerima ospyen skim Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) walaupun Kongres
Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap dengan pendirian
membantah pelaksanaan skim tersebut.
Presidennya William Ghani Bina berkata, STU
tiada halangan terhadap pelaksanaan SBPA kerana menganggap ia pembaharuan
positif yang dilakukan kerajaan untuk manfaat semua penjawat awam di negara
ini.
“STU terima dan bersetuju dengan perkara yang
termaktub dalam pekeliling SBPA selepas mengambil kira pelbagai aspek… kami
tiada halangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.
Khamis lepas, Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman
meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan
memahami sepenuhnya skim tersebut.
Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara
125 perwakilan CUEPACS dari seluruh negara yang berhimpun selama dua hari
membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas.
Beliau memberitahu, antara lima inti pati
digariskan melalui bantahan yang akan diajukan kepada Perdana Menteri semalam
ialah desakan pembatalan ‘Exit Policy’ selain penjelasan kedudukan pela-rasan
gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan menerusi SBPA baru-baru ini.
Sehari selepas itu, beliau tampil membuat
kenyataan mengatakan CUEPACS tetap membantah SBPA walaupun tempoh untuk
menerima tawaran dilanjutkan sehingga 30 Disember ini.
Malah katanya, kongres menegaskan tandatangan yang
sudah diturunkan oleh penjawat awam bagi surat tawaran daripada JPA secara
automatik tidak sah jika ia dibuat secara paksaan atau ugutan pihak atasan
peng-urusan (majikan).
Beliau memberitahu, pihaknya banyak menerima
aduan daripada penjawat awam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang
mendakwa dipaksa menandatangani surat tawaran tersebut.
Beliau berkata, antara faktor CUEPACS tidak
bersetuju dengan polisi SBPA yang menyebut kakitangan awam yang memperoleh
markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kurang daripada 70 peratus,
boleh diarah bersara awal.
Omar mendakwa, peraturan itu boleh
disalahgunakan pegawai atasan bagi menindas kakitangan yang tidak disukai
dengan memberi markah rendah.
“Selain itu, paras 70 peratus dalam LNPT adalah
lebih tinggi berbanding markah 50 peratus yang diperlukan di bawah Skim Saraan
Malaysia (SSM) bagi kenaikan gaji,” katanya.
- UB
No comments:
Post a Comment