Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kebajikan,
Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah semalam menerusi laporan
yang diterima daripada pegawai petugas.
Tiga sekolah tersebut ialah SK Jagoi di Bau
melibatkan 138 murid, SJK Chung Hua Semera (33 murid) dan SK Serpan di
Samarahan melibatkan 192 murid.
Dalam pada itu, sembilan sekolah, tiga di Bau,
dua di Samarahan, satu di Bintulu dan tiga di Simunjan terlibat banjir tetapi
meneruskan sesi persekolahan.
Menurut jurucakap bilik gerakan negeri, setakat
jam 12 tengah hari semalam, tiada pusat pemindahan banjir dibuka untuk
menempatkan mangsa-mangsa banjir.
“Kami hanya menerima laporan di Kampung Semera
Hulu dan Kampung Jemukan di mana paras air mencecah ketinggian 1.5 kaki.
“Bagaimanapun air mulai surut sekitar jam 9
pagi,” katanya.
Tambah jurucakap berkenaan, sementara situasi
dalam keadaan terkawal, penduduk di kawasan berisiko banjir dan rendah
diingatkan supaya terus berjaga-jaga terutama ketika hujan lebat.
Jabatan Meteorologi Negeri dalam pada itu
meramalkan hujan lebat sehingga hari ini (10 Januari) di seluruh negeri kecuali
Limbang dan Miri.
Bagaimanapun, cuaca diramalkan bertambah baik
pada pertengahan minggu ini dan hanya hujan pada waktu petang dan malam.
- Utusan, 10 Jan 2012

No comments:
Post a Comment