Powered by Blogger.

Wednesday, January 04, 2012

32,068 Murid Tahun 1 Mula Persekolahan Tahun 2012 di Kedah

  NR       Wednesday, January 04, 2012

SEBAHAGIAN daripada murid tahun satu melakukan senaman sebelum sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 3 Jan. - Seramai 32,068 murid tahun satu di 538 sekolah memulakan sesi persekolahan di Kedah hari ini berbanding 32,166 murid pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat berkata, sesi persekolahan yang bermula hari ini berjalan lancar dan pihaknya berharap ibu bapa akan terus memberikan sokongan bagi meningkatkan prestasi pendidikan di negeri ini.

"Untuk tingkatan satu, jumlah pelajar yang memulakan sesi persekolahan di 179 sekolah di Kedah meningkat daripada 33,256 orang pada tahun lepas kepada 34,202 orang tahun ini.

"Pada tahun ini juga kelas pra-sekolah turut bertambah 20 kelas menjadikan 546 kelas dengan jumlah pelajar adalah 13,650 orang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kelas tahun satu Sekolah Kebangsaan Taman Uda di sini, hari ini.

Menurut Mansor, jumlah guru di sekolah rendah untuk sesi persekolahan 2012 pula seramai 17,368 orang manakala untuk sekolah menengah pula melibatkan 11,897 orang.

"Sebuah sekolah baharu juga telah dibuka di Sungai Petani iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bayu dengan jumlah pelajar yang berdaftar di sekolah itu melebihi 300 orang.
"Setiap murid juga telah mendapat buku teks dan buku tambahan dari pihak sekolah dan saya mahu semua pihak berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mendapat kejayaan yang terbaik tahun ini ,"ujarnya.

Mengenai wang bantuan RM100 untuk murid tahun satu, Mansor berkata, semua murid akan mendapat wang itu bulan ini melalui guru kelas masing-masing.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading 32,068 Murid Tahun 1 Mula Persekolahan Tahun 2012 di Kedah

Previous
« Prev Post

No comments: