Tangisan budak minta tolong selama 10 jam didengari jiran
GEORGETOWN: Seorang lagi kanak-kanak yang dikurung seorang diri di rumah oleh ibu bapanya, diselamatkan oleh polis selepas tangisan dan suara meminta pertolongan budak itu disedari oleh jirannya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong di sini, awal pagi semalam.
Budak perempuan berusia enam tahun, yang disyaki mangsa dera berdasarkan kesan lebam lama dan baru di belakang badan dan calar di kaki serta tangan, dikatakan menangis dan meminta tolong selama 10 jam, bermula jam jam 3 petang sehinggalah diselamatkan jam 1 pagi.
Sebaik diselamatkan oleh anggota polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), budak itu yang ketakutan tetapi tidak mengalami kecederaan fizikal, dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan masih ditahan di hospital untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal mendapati mangsa menangis kerana dipukul oleh bapanya yang berusia 49 tahun selepas budak itu dikatakan bermain dompet bapanya. Ibu mangsa yang berusia 40 tahun tiada di rumah kerana bekerja kilang.
Rabu lalu, seorang budak perempuan berumur enam tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun, yang dikatakan hiperaktif, dirantai di dalam bilik air di rumah oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth, dan diselamatkan polis selepas menerima aduan awam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian menimpa kanak-kanak itu.
“Pemeriksaan awal mendapati badan budak itu ada kesan calar dan lebam baru dan lama, dipercayai dipukul,” katanya sambil menambah polis masih menunggu laporan perubatan daripada HPP.

Pengarah JKM Pulau Pinang, Zulkiffli Alias, berkata kanak-kanak itu yang kini menjalani rawatan, berada di bawah pengawasan JKM sehingga siasatan selesai.
“Setakat ini, kami mendapati kanak-kanak itu ditinggalkan oleh keluarganya yang keluar bekerja,” katanya.
Katanya, JKM akan mengambil tindakan lanjut jika ada unsur pengabaian dan penderaan ke atas kanak-kanak itu.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Tiong, yang ditemui di HPP, awal pagi semalam, berkata jiran kanak-kanak itu yang juga rakannya, menghubunginya selepas mendengar tangisan dari rumah berkenaan.
Katanya, beliau bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi polis selepas mendengar kanak-kanak itu menangis serta meminta tolong.
- BH
No comments:
Post a Comment