KOTA BHARU – Sepanjang tahun lepas, Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM30,000 untuk setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membantu pelajar cemerlang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sumbangan itu sebagai dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi.
Katanya, sumbangan itu juga membuktikan Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada pendidikan.
“RM70 juta diperuntukkan untuk menampung pengurusan dan pembangunan 92 sekolah Yayasan Islam Kelantan. Semua itu untuk merangsang pencapaian lebih baik dalam bidang akademik kerana kita percaya ilmu itu penting dalam usaha memburu kejayaan dalam kehidupan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah dan Barangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Peringkat Dun Panchor dekat sini, semalam.
Mohd Amar yang juga Adun Panchor menyampaikan sumbangan pelajar cemerlang, pelan Takaful Kifalah, barangan IKS, barangan pertanian dan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi kepada 184 penerima.
Penerima barangan IKS katanya, perlu memanfaatkan sumbangan itu untuk meneruskan usaha membantu menampung pendapatan keluarga.
“Sumbangan Kerajaan Negeri hanya rangsangan, selebihnya mereka perlu berdikari dan tidak jemu berusaha sehingga usaha mampu menjana pendapatan,” katanya.

- SH

No comments:
Post a Comment