Powered by Blogger.

Friday, January 20, 2012

Masalah Kekurangan Bekalan Air & Elektrik di SMK Pulau Carey Akan Diatasi

  NR       Friday, January 20, 2012

NOH melihat tangki tadahan air ketika melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey, Kuala Langat semalam.



KUALA LANGAT - Masalah kekurangan bekalan elektrik dan air di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Carey di sini yang dialami sejak sekian lama akan cuba diatasi Barisan Nasional (BN) Selangor.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar kepada pihak sekolah ketika mengadakan lawatan kerja ke sekolah itu semalam.
Menurut Noh, pihaknya akan memanggil pihak bertanggungjawab untuk mengadakan perbincangan bagi menangani masalah itu seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Pelajaran Daerah.
"Masalah kemudahan asas ini perlu segera diselesaikan supaya semua pelajar dan guru dapat menjalankan urusan harian dengan sempurna.
"Kerajaan memperkenalkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta menambah komputer di sekolah tetapi tiada makna sekiranya bekalan elektrik tidak mencukupi," tegasnya.
Jelasnya, pemimpin BN akan menjadi koordinator untuk memanggil semua agensi terlibat bagi menyediakan cadangan komprehensif bagaimana masalah itu boleh diatasi.
Turut hadir pada lawatan itu ialah Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus.
SMK Pulau Carey merupakan sekolah pertama Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertugas sebagai guru pada tahun 1979 sehingga 1982 selepas menamatkan pengajian di maktab perguruan.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading Masalah Kekurangan Bekalan Air & Elektrik di SMK Pulau Carey Akan Diatasi

Previous
« Prev Post

No comments: