Powered by Blogger.

Monday, January 23, 2012

MiCoST Taja Tutor Online Untuk Murid di Sekolah Terpilih Seluruh Negeri Melaka

  NR       Monday, January 23, 2012

Dr. Mohd Aluwi Sari (dua dari kiri) dan Fareed Abdul Ghani bertukar-tukar dokumen memorandum persefahaman disaksikan Pengerusi MiCoST, Datuk Abd. Haziz Abd. Gani (tiga dari kiri) di Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

KOLEJ Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) menandatangani satu memorandum perjanjian persefahaman dengan anak syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Perfisio Solutions Sdn Bhd untuk menyelaras dan mengurus pengagihan penggunaan sistem e-pembelajaran Tutor Online kepada murid sekolah terpilih di seluruh negeri Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST, Dr.Mohd Aluwi Sari berkata, murid akan mendapat manfaat dalam penggunaan bahan pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

"Manakala pihak yang berkepentingan seperti seperti guru besar, guru-guru, Pegawai Pendidikan Negeri, pejabat DUN serta Pejabat Ketua Menteri, dan ibu bapa kepada murid terlibat pula akan dapat memantau perkembangan prestasi anak masing-masing secara atas talian," katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman itu di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pihak berkepentingan akan dapat mengenal pasti kekuatan serta kelemahan para pelajar secara terperinci setelah mengakses rekod latih-tubi mereka dan seterusnya merencana langkah untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Pada peringkat permulaan, seramai 25,000 murid daripada beberapa buah sekolah terpilih akan menikmati faedah menggunakan Tutor Online yang boleh diakses sama ada di makmal-makmal komputer sekolah, di rumah atau di tempat yang mempunyai kemudahan capaian Internet.

Di samping itu, murid-murid yang yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini berpeluang untuk menduduki Peperiksaan atas Talian Battle of the Brains Piala Ketua Menteri.

Peperiksaan ini akan dilaksanakan sebanyak dua pusingan iaitu pada bulan Mac untuk menguji tahap ingatan dan pemahaman setiap mata pelajaran. Pusingan kedua pada bulan Julai diadakan sebagai persediaan menyeluruh untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

Selain Tutor Online, para pelajar juga berpeluang menyertai program motivasi Murabbi Profesional yang dirancang untuk memastikan anak-anak negeri Melaka dilengkapi dengan ilmu kerohaniah di samping pencapaian ilmu akademik yang cemerlang.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi, Perfisio Solutions Sdn Bhd, Fareed Abdul Ghani memberitahu, satu pasukan khas telah diwujudkan untuk bekerjasama rapat dengan MiCoST bagi memastikan pengendalian pelaksanaan Tutor Online ke seluruh negeri Melaka berjalan lancar.

- Utusan, 16 Jan 2012
logoblog

Thanks for reading MiCoST Taja Tutor Online Untuk Murid di Sekolah Terpilih Seluruh Negeri Melaka

Previous
« Prev Post

No comments: