KUCHING: Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
mungkin akan membuka sebuah pusat pembelajarannya di Bintulu selepas tiga pusat
sedia ada di negeri ini.
Presiden juga Naib Canselor OUM Profesor
Emeritus, Tan Sri Anuwar Ali bagaimanapun berkata, perkara itu hanya akan
dilaksanakan sekiranya ada permintaan tinggi.
“Di Sarawak, kita ada tiga pusat pembelajaran
OUM iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.
“Bagi di Bintulu, kita sedang fikirkan kerana
kita perlu melihat permintaan dan bilangan pelajar… apapun kita merasakan
potensi ada di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media
selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara School of
Lifelong Learning Universiti Terbuka Malaysia (SOLL-OUM) dan Denver Consulting
Sdn Bhd yang disaksikan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga
Datuk Fatimah Abdullah di sini, semalam.
Menurut beliau, OUM mempunyai pusat pembelajaran
di seluruh negeri kecuali di Perlis, kerana pelajarnya pergi ke pusat
pembelajaran di Sungai Petani, Kedah.
Berhubung jalinan kerjasama dengan Denver
Consulting itu, katanya, ia bagi mendukung usaha kerajaan negeri meningkatkan
kemahiran dalam kalangan dewasa bekerja dan generasi muda di negeri ini, sekali
gus meningkatkan lagi kegiatan melalui Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak
(SCORE) yang telah dimajukan kerajaan negeri.
Selain itu, tambahnya, OUM telah menjalin
hubungan dengan lebih 40 rakan kerjasama di seluruh negara.
“Kemampuan OUM adalaha bersifat ‘hands on’ dan
berasaskan kemahiran dan kita ada pakar-pakar yang boleh kita perolehi dari
universiti dan kolej relevan,” kata Anuwar.
OUM juga menawarkan sistem penyampaian yang
menggunakan Teknologi Maklumat (IT) melalui e-pembelajaran kepada para pelajara
nya yang bekerja.
Sementara itu, ditanya mengenai peratusan
graduan OUM diterima di pasaran kerja, Anuwar berkata, ia tidak menjadi masalah
kepada mereka.
“Sebabnya pelajar kita memang sudah bekerja dan
mereka cuma menambah baik kemahiran dan latihan yang sedia ada pada mereka.
“Dengan itu, mereka mendapat sijil kemahiran
yang pasti akan diberi pengiktirafan oleh majikan mereka,” tegasnya.
- UB
No comments:
Post a Comment