Powered by Blogger.

Thursday, January 12, 2012

Pengetua Sekolah di Serian, Sarawak Dituduh Menerima Suapan RM12,000

  NR       Thursday, January 12, 2012
KUALA LUMPUR – Seorang pengetua sekolah di Serian, Kuching, Sarawak dituduh menerima suapan RM12,000 bagi memberi markah tertinggi dalam penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu kenyataan media memberitahu, pengetua terbabit  menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Bagi pertuduhan pertama tertuduh berusia 58 tahun pada 16 Februari 2009 pada pukul 8.00 pagi di dewan makan sebuah sekolah didakwa menerima satu suapan wang tunai sebanyak RM12,000 sebagai dorongan memberi markah tinggi penilaian prestasi pembekalan makanan bermasak terhadap sebuah syarikat.

“Suapan itu juga didakwa bertujuan mempercepatkan proses tuntutan pembayaran kepada syarikat tersebut bagi bulan Januari 2009,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tertuduh mengaku tidak salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan.
Kata kenyataan itu, hakim membenarkan tertuduh dijamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Manakala tarikh sebutan ditetapkan pada 26 Mac 2012 dan tarikh bicara ditetapkan pada 2 hingga 5 April 2012, tambah kenyataan itu.

“Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi,” kata kenyataan itu lagi. 
logoblog

Thanks for reading Pengetua Sekolah di Serian, Sarawak Dituduh Menerima Suapan RM12,000

Previous
« Prev Post

No comments: