Powered by Blogger.

Saturday, January 21, 2012

Sultan Azlan Shah Lancar Biografi Cikgu Selvamany

  NR       Saturday, January 21, 2012

SULTAN Azlan Shah menerima senaskhah buku biografi bertajuk Selvamany: More Than A Teacher daripada N. S. Selvamany di Hotel Royale Of Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bukan sekadar guru, malah seorang sahabat.

Itu adalah sifat yang digambarkan oleh sesiapa sahaja yang pernah menjadi anak murid kepada Datuk Seri N. S. Selvamany atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Selvamany.

Selama 20 tahun mengabdikan diri sebagai pendidik bermula pada 1952 di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh, Perak, Selvamany dikenali sebagai seorang guru yang bukan sahaja amat prihatin dalam soal pendidikan anak muridnya malah mengambil berat aspek kebajikan dan kesihatan mereka ketika di sekolah.

Salah seorang anak murid Selvamany di sekolah itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan bekas gurunya itu sebagai seorang yang penyayang dan amat mengambil berat terhadap permasalahan pelajar-pelajarnya.

"Beliau tidak pernah merotan atau menggunakan kekerasan terhadap pelajarnya. Beliau memenangi hati pelajarnya dengan kasih-sayang, keikhlasan dan sikap mengambil berat yang tulus. Kami semua tidak dilayan sebagai pelajar tetapi lebih sebagai sahabatnya," kata Tengku Razaleigh dalam buku biografi'Selvamany: More Than a Teacher' yang dilancarkan, di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan melancarkan biografi setebal 280 muka surat yang menceritakan secara terperinci pengalaman pahit manis Selvamany yang kini berusia 85 tahun ketika berkhidmat sebagai pendidik.

Utusan Malaysia Online: 16 Januari 2012
logoblog

Thanks for reading Sultan Azlan Shah Lancar Biografi Cikgu Selvamany

Previous
« Prev Post

No comments: