Powered by Blogger.

Wednesday, January 18, 2012

Tabika Perpaduan Setiaraja, Mukah Baru Beroperasi 2012 Membuka Pengambilan

  NR       Wednesday, January 18, 2012


Tabika Perpaduan Setiaraja Mukah yang baru beroperasi pada Januari ini masih terbuka untuk pengambilan bagi tahun 2012.

Menurut gurunya, Harmiza Jamil, tabika tersebut hanya terbuka kepada kanak-kanak berusia di antara 4 dan 6 tahun sahaja.

“Sekarang kami hanya mempunyai empat orang kanak-kanak, dan ia masih terbuka untuk pengambilan sesi tahun 2012 ini,” katanya.

Dia juga percaya masih ramai yang tidak tahu bahawa bangunan yang juga menempatkan pejabat Rukun Tetangga Bandar Lama Mukah itu adalah merupakan tabika perpaduan.

“Bangunan ini adalah menempatkan pejabat Rukun Tetangga dan juga Tabika Perpaduan. Kemungkinan masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan tabika ini,” tambahnya lagi.

Harmiza juga menyatakan bahawa seorang guru lagi yang akan bersama beliau untuk mengendalikan tabika tersebut masih meyertai kursus.

“Kami mengalu-alukan kanak-kanak baru untuk mendaftar dan mereka boleh datang ke sini untuk berbuat demikian,” ujar Harmiza.

Selain, itu katanya, mereka boleh juga menghubunginya di talian 0198662135.

- SU
logoblog

Thanks for reading Tabika Perpaduan Setiaraja, Mukah Baru Beroperasi 2012 Membuka Pengambilan

Previous
« Prev Post

No comments: