Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 36 tahun yang menunggu anaknya dalam kereta Proton Wira Aeroback, dihampiri beberapa lelaki bermotosikal yang kemudian melepaskan enam das tembakan ke arah lelaki itu.
“Dua daripada tembakan itu mengenai mangsa dan selebihnya mengenai kenderaannya.
Mangsa yang dalam keadaan cedera kemudian melarikan diri dengan keretanya sejauh enam kilometer sebelum melanggar tiang lampu dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. – BERNAMA
.jpg)
No comments:
Post a Comment