Powered by Blogger.

Tuesday, February 14, 2012

Bengkel OSS Animasi 3D UUM Platform Kongsi Ilmu

  NR       Tuesday, February 14, 2012
ALOR SETAR — Bengkel Perisian Sumber Terbuka (OSS) Animasi 3D di Universiti Utara Malaysia (UUM) memberi pengalaman serta ilmu baru di samping menjadi platform terbaik untuk peserta bertukar maklumat dalam mempromosi penggunaan perisian itu.


Bengkel anjuran bersama Sekretariat ICT ASEAN, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan College of Arts and Sciences, UUM itu juga bertujuan menambah pengetahuan pelajar tentang penggunaan OSS bagi meningkatkan nilai tambah, keboleh pasaran serta daya keusahawanan graduan.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Pengarah Pusat Kecemerlangan Asia Pasifik Dalam Pembangunan ICT Luar Bandar, International Telecommunication Union UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini Sheik Osman berkata, penganjuran bengkel itu merupakan satu penghormatan besar kerana ia turut melibatkan penyertaan peserta dari rantau Asia Pasifik.
Selain pelajar tempatan, ia turut disertai peserta Thailand, Kemboja, Vietnam, Bangladesh dan Yemen melalui tajaan dana daripada kerajaan Jepun.
Katanya, penggunaan OSS merupakan sebahagian daripada kepentingan dunia teknologi maklumat (IT) di abad 21 ini dan penggunaannya telah dapat membantu mengurangkan kos pembelian perisian sama ada untuk kegunaan sendiri, pendidikan atau keperluan perniagaan. — BERNAMA, 13 Feb
logoblog

Thanks for reading Bengkel OSS Animasi 3D UUM Platform Kongsi Ilmu

Previous
« Prev Post

No comments: