Powered by Blogger.

Tuesday, February 21, 2012

Buang Perasaan Takut Untuk Hantar Anak OKU Ke Sekolah - Datuk Fatimah Abdullah

  NR       Tuesday, February 21, 2012
KUCHING, 21 Feb (Bernama) -- Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang termasuk dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu mengikis perasaan takut atau bimbang untuk menghantar mereka ke sekolah serta institusi pendidikan khas.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata sikap sedemikian tidak akan membantu perkembangan kanak-kanak OKU, sebaliknya menjadikan mereka lebih takut kepada dunia luar.

"Ada ibu bapa yang terlalu bersikap 'protective", fikir macam-macam... apa akan jadi pada anak mereka kalau di sekolah nanti dan ini sebenarnya tidak baik," katanya pada sidang media selepas melawat Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Sarawak (Perkata) di sini, Selasa.

-- BERNAMA

logoblog

Thanks for reading Buang Perasaan Takut Untuk Hantar Anak OKU Ke Sekolah - Datuk Fatimah Abdullah

Previous
« Prev Post

No comments: