Powered by Blogger.

Thursday, February 16, 2012

DBP Kesal IPTA Cenderung Guna Bahasa Inggeris Sebagai Pengantara

  NR       Thursday, February 16, 2012
KUCHING: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia Profesor Dr Awang Sariyan kesal institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang kini secara umumnya cenderung menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Menurutnya, sekiranya sesebuah institusi pengajian itu mengejar status antarabangsa, ia juga harus menekankan bahasa antarabangsa yang lain juga.

“Kalau betul-betul mahu berstatus antarabangsa, institusi pengajian itu perlu ada bahasa lain seperti bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Jerman dan sebagainya.

“Kita bukan tolak bahasa Inggeris, tetapi hanya mempertahankan dasar bahasa negara,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Tambahan pula katanya, kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang rata-rata memahami bahasa Melayu.

“Kita hendak mengilmukan rakyat, bukan orang asing dan rakyat kita memahami bahasa kebangsaan,” katanya.

Awang memberitahu, beliau tidak maksudkan bahasa Melayu harus dijadikan bahasa tunggal di sesebuah institusi pengajian.

Katanya, bahasa lain juga boleh diajar asalkan penekanan akan terus diberikan kepada bahasa Melayu.

Setakat ini katanya, hanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masih mempertahankan bahasa Melayu sebagai pengantara utama.

- UB
logoblog

Thanks for reading DBP Kesal IPTA Cenderung Guna Bahasa Inggeris Sebagai Pengantara

Previous
« Prev Post

No comments: