KUMPULAN Peace Corps bermesra dengan pelajar bagi membantu penguasaan bahasa Inggeris.
KESATUAN
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tindakan menempatkan Peace
Corps atau Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fullbright (ETA) selama
beberapa bulan tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata maklum balas
daripada guru di Terengganu yang mempunyai ETA menunjukkan pelajar terpinga-pinga mendengar
dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat (AS) kerana sebutannya sukar difahami.
Beliau berkata, ETA juga mungkin bukan guru BI atau jika
mereka guru terlatih sekalipun, kaedah yang berjaya di AS tidak semestinya
berkesan jika diterapkan di negara ini kerana tahap penguasaan pelajar
berbeza.
Di AS
katanya, bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda tetapi di negara ini, bahasa
berkenaan ialah bahasa kedua atau bahasa asing.
“Adalah
lebih wajar jika Kementerian Pelajaran mengambil semula guru Bahasa Inggeris
yang sudah bersara bagi mengatasi masalah itu yang sekali gus membantu
meningkatkan penguasaan pelajar.
“Sebagai
penyelesaian jangka panjang, mereka juga beranggapan melatih warga negara
tempatan yang fasih dalam bahasa berkenaan lebih baik daripada menaja
sukarelawan atau penutur jati dari negara lain,” katanya.
Baru-baru
ini, seramai 50 rakyat AS tiba di negara ini dan mereka ditempatkan di beberapa
sekolah di Terengganu, Pahang dan Johor sebagai kumpulan pertama ETA.
Masing-masing adalah sebahagian daripada 300 ETA yang dibiayai
kementerian.
Adnan
berkata, kedatangan ETA juga boleh mewujudkan pertembungan budaya yang mungkin
tidak disenangi pelajar.
Sepanjang
tempoh beberapa bulan pertama, ETA perlu menghabiskan masa menyesuaikan keadaan
tempatan kerana mereka perlu belajar budaya dan mesra dengan murid.
Sementara
itu, Presiden Kirkby International College, Bismillah Khatoon Abdul Kader,
berkata hasrat membawa ETA supaya pelajar meniru percakapan penutur asli
mengelirukan pelajar.
Katanya,
slanga penutur dari AS berbeza dari United Kingdom (UK), bahkan UK mempunyai
beberapa slanga seperti Irish, Scotland atau Welsh.
Beliau
berkata, AS juga menggunakan sistem ejaan berbeza berbanding UK yang dianggap
standard di negara ini.
“Lagipun,
ada banyak lagi negara lain yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
ibunda selain UK atau AS dan mereka juga boleh dianggap sebagai penutur jati,”
katanya.
-
BH
No comments:
Post a Comment