Powered by Blogger.

Monday, February 20, 2012

Dua Siling di Bilik Darjah Blok A SJK (T) Serdang Runtuh

  NR       Monday, February 20, 2012

DEVAMANY (kiri) meninjau runtuhan siling di dalam sebuah kelas di SJKT Serdang semalam.

KUALA LUMPUR - Empat bilik darjah sementara akan disediakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Serdang dekat sini untuk mengatasi kekurangan bilik darjah di sekolah itu berikutan kejadian siling runtuh kelmarin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany berkata, kejadian siling runtuh di dua bilik darjah di Blok A pada pukul 8.50 pagi menyebabkan sekolah tersebut kekurangan bilik darjah untuk menempatkan 160 pelajar.

"Bagaimanapun kita bersyukur kerana tiada pelajar yang cedera dalam kejadian ini," katanya ketika melawat sekolah itu semalam.

Devamany berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati Blok A yang menempatkan empat bilik darjah tidak selamat digunakan kerana terdapat banyak masalah termasuk pendawaian, kebocoran atap dan serangan anai-anai.

Kosmo Online: 17 Februari 2012
logoblog

Thanks for reading Dua Siling di Bilik Darjah Blok A SJK (T) Serdang Runtuh

Previous
« Prev Post

No comments: