KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sedang mengkaji kaedah pemberian dana latihan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta imam di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata langkah itu bagi memastikan dana terbabit dapat memenuhi matlamat membantu golongan sasar.
Tanpa menyebut kos pembiayaan kerajaan, beliau berkata, bantuan itu membabitkan 34,000 guru KAFA dan 14,000 imam di seluruh negara.
"Kita sedang mengkaji kaedah pemberian bantuan kerajaan menerusi dana itu, sama ada akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri atau diagihkan secara berpusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, di sini malam tadi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment