Powered by Blogger.

Saturday, February 18, 2012

Jangan Ganggu Asyraf Tamatkan Pengajian - Ibu

  NR       Saturday, February 18, 2012

SHAH ALAM - Keluarga penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, yang dibelasah sekumpulan perusuh di London Ogos tahun lalu, bersyukur dengan keputusan Mahkamah Utara London yang menjatuhkan hukuman terhadap individu yang mencederakan anaknya.

Ibunya, Maznah Abu Mansor, 48, berkata, beliau berharap selepas ini tiada lagi individu ‘mengganggu’ anak­nya menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan.

“Saya sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah dan berharap Asyraf dapat menumpukan sepenuhnya kepada pengajiannya. .

“Alhamdulillah, keputusan yang baru didengar ini ialah satu pengadilan buat anak saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini, Asyraf ada memberitahu dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran berikutan perbicaraan itu dan berharap anak sulungnya kembali fokus dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Maznah turut meng­ingatkan semua pelajar me­nuntut di dalam mahupun di luar negara supaya lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku.

Dalam kejadian Ogos tahun lalu, Muhammad Asyraf Haziq, penuntut tahun pertama jurusan perakaunan di Kolej Kaplan, Barking dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar untuk membeli juadah berbuka puasa.

- SH
logoblog

Thanks for reading Jangan Ganggu Asyraf Tamatkan Pengajian - Ibu

Previous
« Prev Post

No comments: