Oleh: Pengajar.Info
Terlebih dahulu
mengucapkan TERIMA KASIH & SYABAS buat Profesor Dr
Mornie Kambrie kerana tampil di Utusan Borneo pada
hari ini 8 Feb, bertajuk Jangan
Diskriminasi Graduan Pendidikan Kolej Swasta. Berita ini juga
turut ditulis dalam Bahasa Iban bertajuk Raban
Graduate Ari IPTS Enda Lantang Ati: Mornie.
Sekurang-kurangnya berita
ini dapat mengurangkan rasa kecewa lebih-lebih lagi bekas pelajar Bachelor
of Education (Hons) yang sentiasa mempersolkan Halatuju mereka.
Bertahun lamanya bagi
graduan yang telahpun menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Kepujian) ini menganggur. (Bagi Graduan Konvokesyen Ke 10, 9 …)
Manakala Graduan Konsyekesyen ke 11 baru-baru ini juga terpaksa mengikuti jejak
abang-abang & kakak-kakak senior mereka untuk berkecimpung ke dunia
pekerjaan lain.
Banyak sangatkah graduan
ini hingga tidak dapat dibantu? Mengikut pengiraan saya, graduan yang telah
konvo pada Konvokesyen ke 9, 10 & 11 tidak sampai 1,000 orang.
Jumlah ini pun tidak dapat dibantu? Mahu lebih banyak lagi bergelar
“Penganggur” baru mahu bantu?
Di Berita
Harian, pada 2 Feb bertajuk 'Atasi
Segera Kekurangan Guru' Presiden Kesatuan Guru Sarawak
(STU), William Ghani Bina banyak menerima aduan dan
keluhan lepasan kursus perguruan dari Universiti Tun Abdul Razak di negeri ini
yang sehingga kini masih menganggur dan belum dilantik sebagai guru. STU
menyifatkan kekurangan guru di negeri Sarawak amat serius dan perlu diberi
perhatian dengan Melantik Semula Anak Tempatan Pemegang Ijazah Perguruan dari Universiti Tun Abdul Razak Sebagai Guru.
Di Utusan Borneo pula pada tarikh
yang sama iaitu 2
Feb lalu yang bertajuk Beri Kuasa Sekolah Lantik Guru
Pengganti dimana Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS)
memohon kepada KPM agar memberi kuasa kepada pihak sekolah melantik guru-guru
pengganti sementara waktu.
“KGBS merima banyak
rungutan daripada ahli-ahli kesatuan yang menyatakan mereka terbeban dengan
impak daripada jawatan guru yang belum diisi. Mereka terpaksa ‘Sit In” bagi
menggantikan guru yang belum diisi. Senario ini berlaku ekoran daripada
beberapa jawatan guru yang layak bagi sesebuah sekolah berkenaan belum diisi.
KGBS juga mempersoalkan
sejauh mana dasar Guru Interim ini berkesan kerana sekarang sudah masuk dua
bulan sekolah beroperasi tetapi isu itu belum selesai di Sarawak.
KBGS mencadangkan agar KPM
dapat memberi kuasa kepada pihak sekolah melantik Guru Ganti buat sementara
waktu.
KBGS juga menggesa KPM
agar mengisi kekurangan guru di Sarawak dengan segera demi
kebajikan pelajar.
Tahukah Anda?
Pengetua SMK Kapit, Manggie
Nyegang di
Utusan Sarawak pada 7 Febuari lalu tampil hairan ramai graduan yang
berkelayakan dari bahagian itu yang boleh mengisi kekosongan terbabit namun,
tidak diberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“Apa yang menghairankan
saya, kita dimaklumkan sebanyak 16 graduan tempatan lepasan
Pendidikan masih menganggur.
“Sekurang-kurangnya kita
boleh mengambil mereka bekerja sebagai guru sementara untuk menyelesaikan
masalah kekurangan guru terutama di SMK Kapit,” katanya.
Banyak pengetua /
guru-guru di sekolah lain juga mahu kuota guru ini turut diisi graduan ini
memandangkan mereka juga terlatih.
Pengajar.Info : Mengapa
tidak benarkan saja graduan Universiti Tun Abdul Razak turut menjadi Guru
Interim bagi mengatasi masalah kekurangan guru?
Sedangkan, sebelum ini KPM
mengambil ramai graduan di sini dan kini tiba-tiba hanya mengambil IPTA, walhal
kita juga mendapat kelulusan dari MQA dan tajaan PTPTN seperti kata Dr Mornie.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment