Powered by Blogger.

Tuesday, February 14, 2012

Lebih 27,000 Murid Berusia 11 Tahun Di Britain Lemah Matematik

  NR       Tuesday, February 14, 2012
London – Lebih 27,000 pelajar berusia 11 tahun di Britain dikesan lemah dalam matematik dan hanya memiliki pengetahuan yang setaraf dengan budak berusia tujuh tahun.
Penemuan mengejutkan itu didedahkan dalam analisis yang dijalankan terhadap keputusan peperiksaan SAT tahun lalu.
Laporan peperiksaan berkenaan  yang diumumkan dua minggu lalu turut mendedahkan setiap tiga daripada pelajar gagal memperolehi keputusan sekurang-kurangnya C.
The Sun UK melaporkan, pencapaian pelajar lelaki pula lebih teruk berbanding pelajar perempuan.
Laporan itu juga mendedahkan 22 peratus daripada pelajar langsung tidak mengetahui asas matematik dan arithmetik sedangkan separuh daripada guru matematik di Britain memiliki ijazah dan pencapaian terbaik dalam subjek berkenaan.
Berikutan itu, kerajaan Britain yang dipimpin oleh parti Buruh dikritik dengan teruk dan disifatkan membazir kerana membelanjakan berbilion ringgit untuk pendidikan sedangkan hasilnya tidak seberapa.
Menurut sumber kerajaan, selepas 13 tahun di bawah Parti Buruh terlalu ramai pelajar yang gagal matematik.
“Keadaan ini mendorong universiti dan majikan mempersoalkan kualiti pelajar dalam bidang matematik,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Pendidikan, Michael Gove yang mengulas perkara berkenaan berkata pihaknya akan memberikan fokus yang lebih kepada subjek berkenaan dalam usaha meningkatkan standard pelajar.
Beliau turut mengumumkan rancangan untuk membuka sekolah khas matematik untuk pelajar pintar.
Sumber: Indian Express
logoblog

Thanks for reading Lebih 27,000 Murid Berusia 11 Tahun Di Britain Lemah Matematik

Previous
« Prev Post

No comments: