JAKARTA – Lima belas graduan perubatan dari Malaysia mengharumkan nama negara dengan meraih anugerah graduan paling cemerlang Universiti Udayana, Bali, untuk kumpulan doktor angkatan ke-50 universiti itu.
Mereka menerima Anugerah Cum Laude, iaitu penghargaan tertinggi universiti kepada mahasiswa berprestasi cemerlang, yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.55-4.00 dalam pengajian.
Para doktor itu ialah: Dr Lye Meng Hon (3.81), Dr Choo Ling Ling (3.79), Dr Yeap Xin Yi (3.78), Dr How Mei Yee (3.72), Dr Elisa Glory Manuel Jeyaraj (3.71), Dr Lee Wan Yin (3.70), Dr See Jia Yee (3.64), dan Dr Loh Soon Khang (3.63).
Dr Tey Siam Eng (3.62), Dr Cheok Chia Chien (3.60), Dr Goh See Yun (3.60), Dr Muhammad Haniff Abdullah (3.59), Dr Ng Li Yun (3.59), Dr Amalarany Sachudanandan (3.59) dan Dr Lai Siaw Ling (3.57).
Kesemua mereka merupakan penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (pinjaman).
Kejayaan cemerlang mereka itu diraikan bersama 35 graduan perubatan dari Malaysia yang lain pada upacara mengangkat sumpah sebagai doktor perubatan di universiti itu pada 23 Februari lepas. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment