Powered by Blogger.

Friday, March 23, 2012

4 Penuntut Kolej Swasta Didakwa Bunuh Pensyarah & Bapanya

  NR       Friday, March 23, 2012

EMPAT pelajar kolej swasta diiring pegawai polis di Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas menghadapi pertuduhan membunuh seorang pensyarah wanita dan bapanya di kediaman mangsa di Taman Kinrara 1, Puchong pada awal bulan ini. 

PETALING JAYA: Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya. 

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.


Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Ketika pertuduhan dibacakan, kesemua mereka menganggukkan kepala sebagai tanda faham. Tiada sebarang pengakuan direkodkan. 

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

logoblog

Thanks for reading 4 Penuntut Kolej Swasta Didakwa Bunuh Pensyarah & Bapanya

Previous
« Prev Post

No comments: