Powered by Blogger.

Saturday, March 03, 2012

57 Orang Kontraktor Sertai Kursus Kad Hijau CIDB di Dewan Suarah Sri Aman

  NR       Saturday, March 03, 2012

TAHNIAH...Penceramah Mashan Haji Ahmad Rais sedang menyampaikan sijil akuan kehadiran kepada salah seorang peserta ketika berlangsungnya kursus berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (2 Mac) – Seramai 57 orang kontraktor berdaftar dan kontraktor baru telah mengambil bahagian dalam Kursus Kad Hijau CIDB yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Pengarah Urusan syarikat M-Corp Sendirian Berhad, Mahsan Haji Ahmad Rais, berkata kursus ini merupakan salah satu untuk setiap kontraktor mengumpul mata CCD (Contractor Continues Development) untuk tujuan pembaharuan.

“Tujuan utama Kursus Kad Hijau CIDB ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang aspek keselamatan dan kesihatan kepada semua pekerja yang terlibat dalam industri pembinaan.

“Kursus kad hijau ini diwajibkan kepada semua pekerja binaan yang  terdiri daripada pekerja am, mahir, separuh mahir, personel pentadbiran dan pengurusan syarikat,” menurut beliau.

Kursus berkenaan jelas Mahsan juga bertujuan untuk mendedahkan kepada semua peserta tentang perundangan yang sedia ada pada masa sekarang iaitu Akta CIDB, Akta OSHA dan Akta Kilang dan Jentera.

Dengan menghadiri kursus terbabit kata beliau, kesemua peserta akan didaftarkan sebagai personel binaan dengan  CIDB dan sekaligus akan diberikan pengenalan diri berbentuk kad.

“Semua peserta yang menghadiri kursus ini akan diberikan perlindungan insuran takaful 
berkolompok secara percuma. Oleh itu penganjur amat menggalakkan semua pekerja yang terlibat dalam sektor binaan untuk mengikuti kursus ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa mereka yang berminat untuk mendaftar boleh menghubungi cik Rosita atau Liza di talian 082 – 441 601, 082 – 442 601 untuk fax atau 019 – 8565 601 selepas ini.

- Utusan Sarawak
logoblog

Thanks for reading 57 Orang Kontraktor Sertai Kursus Kad Hijau CIDB di Dewan Suarah Sri Aman

Previous
« Prev Post

No comments: