Powered by Blogger.

Sunday, March 25, 2012

Album Ke-4 Haris Abdul "Ku Yakin...Mekar Selamanya Meletop"

  NR       Sunday, March 25, 2012

MENYIMPAN impian untuk bergelar seorang penyanyi memberikan kekuatan buat anak muda ini untuk terus mencuba. Walaupun sudah mengeluarkan tiga album sebelum ini dan masih belum dikenali, Haris Abdul tidak pernah takut untuk muncul sekali lagi dengan album keempatnya. Memilih Ku Yakin...Mekar Selamanya Meletop sebagai judul album terbarunya, menurut Haris, ada sebab mengapa dia terus mencuba walaupun sebelum ini usahanya untuk dikenali sebagai penyanyi menemui kegagalan.

"Ini merupakan impian terbesar saya untuk dikenali sebagai penyanyi.

"Walaupun pernah menemui kegagalan sebelum ini, saya yakin itu banyak menguatkan semangat saya untuk meneruskan impian yang saya tanam daripada kecil ini," katanya ketika ditemui di studio Utusan di ibu negara, baru-baru ini.

Merupakan seorang guru kaunseling di sebuah sekolah di Selangor, menurut Haris dia langsung tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang pendidik walaupun sudah dikenali kelak.

"Tugas seorang pendidik ini banyak membantu saya untuk terus berusaha mengejar cita-cita saya sebagai penyanyi.

"Dan sehingga ke hari ini saya masih belum terfikir untuk meninggalkan kerjaya dan rasanya saya lebih selesa untuk terus dikenali sebagai guru," katanya jujur.

Bercerita lebih lanjut mengenai album terbarunya ini, Haris memberitahu dia memilih untuk menyanyikan lagu-lagu bergenre pop komersial kerana lebih sesuai dengan suaranya.

Malah menurut anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga dia juga amat menitikberatkan setiap lagu yang akan dinyanyikannya agar tidak mencalar tugasnya sebagai seorang guru.

"Jika dilihat setiap lagu yang dinyanyikan saya ini mempunyai maksud-maksud tersendiri.

"Sebagai seorang guru saya banyak membawa lagu yang banyak memberi inspirasi, tujuan utama saya memilih lagu-lagu bercorak begini adalah kerana untuk disesuaikan dengan pelbagai golongan," katanya .

Ditanya mengapa walaupun sudah muncul dengan tiga album dirinya masih lagi belum dikenali, bagi Haris dia tidak mahu menyalahkan sesiapa. Dan cukup untuk dirinya mengatakan rezekinya masih belum tiba.

"Harapan saya hanya satu iaitu untuk bersinar dengan album keempat ini.

"Apa yang berlaku pada album-album sebelum ini saya jadikan satu pengajaran terbaik agar lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan," katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Album Ke-4 Haris Abdul "Ku Yakin...Mekar Selamanya Meletop"

Previous
« Prev Post

No comments: