Powered by Blogger.

Tuesday, March 27, 2012

Bekas GSTT Kecewa Permohonan Latihan Perguruan Gagal Kerana Sistem

  NR       Tuesday, March 27, 2012

Sue menunjukkan salinan keputusan permohonan dan jawapan ‘berjaya’ yang diterima. 

KOTA BHARU – Seorang bekas Guru Sandaran Tidak Terlaltih (GSTT) kesal apabila permohonannya untuk mengikuti latihan perguruan Disembel lalu gagal gara-gara masalah sistem yang dihadapinya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sue berkata, beliau kesal dengan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah mempermainkan dirinya.

“Pada mulanya, keputusan permohonan tersebut mengatakan saya berjaya, dan ia benar- benar menggembirakan kerana impian untuk mengikuti latihan tersebut kesampaian.

“Namun ketika membuat semakan penempatan, keputusan ‘berjaya’ telah bertukar kepada tiada dalam senarai. Saya amat kecewa  dengan perubahan kenyataan tersebut,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, kerana tidak puas hati dengan perubahan status tersebut dan merasakan diri seolah- olah dipermain, dia nekad mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun usahanya itu gagal apabila tidak mendapat layanan sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab.

“Saya berulang alik dari Kelantan ke Putrajaya sebanyak tiga kali, dan kemudian ke Marang, Terengganu untuk membuat semakan dokumen untuk kali kedua yang melibatkan kos agak tinggi, saya turut menghubungi bahagian berkaitan berulang kali,” katanya.

Jelasnya, apa yang lebih dikesalkan pelbagai alasan tidak munasabah selain layanan kurang mesra diterima.

“Setelah diperlakukan demikian, saya kini buntu dan tertekan memikirkan kesulitan terpaksa dihadapi tambahan pula sudah kehilangan pekerjaan apabila meletak jawatan sebaik mengetahui permohonan sebelum ini berjaya,”katanya.

Menurutnya, apa yang diharapkan kini, pihak bertanggungjawab lebih sistematik dalam melaksanakan tugas dan mengambil tindakan proaktif agar tidak menyusahkan orang lain, kerana syarat- syarat pengambilan didapati berubah untuk satu jangka masa.

Credit to Detik Perubahan
logoblog

Thanks for reading Bekas GSTT Kecewa Permohonan Latihan Perguruan Gagal Kerana Sistem

Previous
« Prev Post

No comments: