ED Moyse dengan logo Mashbo.
LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir 50,000 (RM250,000).
Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.
HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young.
Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.
Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 31,000 (RM155,000).
Mulanya, satu iklan berharga 1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga 400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.
Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.
“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” - TS
No comments:
Post a Comment