Powered by Blogger.

Sunday, March 04, 2012

Jawatan Kosong di UTM Space KL

  NR       Sunday, March 04, 2012

Tawaran adalah dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan PEMANDU KENDERAAN di UTMSPACE KUALA LUMPUR.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) /Tamat Sekolah Kebangsaan, kelulusan yang diiktiraf atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dan lulus Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya ;
3. Memiliki lesen memandu kelas E;
4. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan;
4. Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sakit kronik);
5. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
6. Calon Lelaki sahaja

CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan ke UPMI, UTMSPACE Kuala Lumpur dengan menyertakan bersama salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan) :
1. Resume
2. Salinan Sijil Kelahiran
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Salinan Lesen Memandu Kenderaan
5. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
6. Salinan Sijil PMR atau kelulusan setaraf
7. Sekeping gambar berukuran PASPORT yang terbaru (tidak dikembalikan) serta
8. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :
Unit UPMI, UTMSPACE Kuala Lumpur
195A, Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur.
(u/p – Pn Nik Huzaira bt Husin)

Tarikh Tutup Permohonan : 7 Mac 2012.
Hanya permohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekirannya pemohon tidak menerima jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Taraf jawatan : TETAP
Tempoh Percubaan : 3 bulan

logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong di UTM Space KL

Previous
« Prev Post

No comments: