
Pengerusi persatuan, Profesor Madya Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata selain menyambut baik pengumuman Perdana Menteri membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengekalan Sistem Saraan Malaysia (SSM), berharap permintaan itu dapat dikaji oleh suruhanjaya khas yang akan ditubuhkan nanti.
Suruhanjaya itu hendaklah mengambilkira pandangan majlis dan persatuan pegawai akademik di universiti bagi memartabatkan profesion mereka di universiti, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
"Kesarjanaan pegawai akademik universiti yang bertaraf profesor perlu diletakkan di tahap yang bersesuaian kerana peranan mereka melahirkan profesional dan cendakiawan dalam bidang kepakaran masing-masing," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment