Powered by Blogger.

Sunday, March 04, 2012

Penubuhan Kolej Komuniti Pupuk Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat

  NR       Sunday, March 04, 2012

SEGAMAT – Penubuhan kolej komuniti berjaya memupuk dan menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat pada kalangan rakyat negara ini, sekali gus memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kolej komuniti mempunyai banyak kelebihan dalam membantu membudayakan ilmu kerana bilangannya yang banyak, menawarkan pelbagai program latihan kemahiran, yuran yang murah serta kaedah pembelajaran yang fleksibel.
“Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan 78 buah kolej komuniti di seluruh negara dengan 50 daripadanya merupakan kampus induk, manakala 28 lagi adalah kampus cawangan.
“Di Johor sahaja, terdapat 12 buah kolej komuniti dengan tujuh daripadanya adalah induk, manakala bakinya adalah cawangan,” katanya berucap pada majlis perasmian Kolej Komuniti Segamat 2 dan perjanjian persefahaman dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, berkata, seramai 211,884 peserta dari kelompok umur 15 tahun hingga warga emas telah menyertai kursus jangka pendek di bawah Program Latihan 1Malaysia yang ditawarkan kolej komuniti tahun lepas.
Beliau berkata, penyertaan yang ramai itu membuktikan kolej komuniti amat komited dalam membuka peluang dan akses kepada pembelajaran sepanjang hayat mengikut kehendak dan keperluan komuniti dalam usaha berterusan memperkasakan rakyat negara ini. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Penubuhan Kolej Komuniti Pupuk Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat

Previous
« Prev Post

No comments: