Powered by Blogger.

Sunday, March 25, 2012

Pertandingan Perniagaan Online Antara IPMA 2012

  NR       Sunday, March 25, 2012

KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 buah institusi pendidikan Mara (Ipma) dari seluruh negara bersaing bagi merebut kejuaraan Pertandingan Perniagaan Online antara IPMa 2012 anjuran Pusat Keusahawanan Siswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bermula 28 Januari lalu.

Kemuncak pertandingan apabila keputusan dan majlis penyampaian hadiah pertandingan kepada para pemenang akan berlangsung pada pukul 11 pagi esok di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di ibu negara.

UniKL melalui satu kenyataan memberitahu, hadiah pertandingan yang mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Bahagian Pembangunan Usahawan Mara dan Koperasi Siswa UniKL (KOSISWA) itu akan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan) Mara, Mohd. Rosdi Ismail.

“Pertandingan ini sebagai salah satu pendekatan untuk memupuk mahasiswa IPMa memanfaatkan model perniagaan alternatif iaitu secara Online dengan menjana pendapatan melalui jualan produk-produk IKS (Industri Kecil Sederhana),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pertandingan berkenaan turut memberi pendedahan kepada mahasiswa IPMa memahami kaedah yang betul dan berkesan dalam membina empayar perniagaan melalui satu medium baru yang lebih sinonim dengan golongan siswa untuk menceburkan diri dalam perniagaan.

Jelas kenyataan itu, IPMa yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Kolej Profesional Mara (KPM), Institut Kemahiran Mara dan Kolej Mara.

Tambah kenyataan itu, pemenang pertandingan dipilih berdasarkan dua kategori iaitu Untung Tertinggi dan Jualan Tertinggi dan Johan akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, Naib Johan (RM3,000), Ketiga (RM1,500) dan saguhati bagi tempat keempat hingga sepuluh (RM400).
logoblog

Thanks for reading Pertandingan Perniagaan Online Antara IPMA 2012

Previous
« Prev Post

No comments: