Powered by Blogger.

Tuesday, March 27, 2012

Program Outreach BERNAS & Unimas di SMK Tinjar, Baram

  NR       Tuesday, March 27, 2012

Tinjar, 26 Mac 2012- Kegembiraan jelas terpancar di wajah 50 orang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tinjar, Baram apabila menerima bag sekolah baru daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) baru-baru ini.

Melalui program “Outreach Program” anjuran bersama Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan BERNAS, program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu masyarakat di negeri ini.

“Apa yang kami berikan bukan sekadar bag sekolah, tetapi lebih kepada penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang ini untuk merasai bahawa setiap usaha yang gigih pasti mendapat ganjaran dan bahawa ganjaran yang lebih besar diluar sana sekiranya mereka berjaya di dalam pendidikan,” jelas Eksekutif Komunikasi Korporat Beras Corporation Sdn Bhd Sarawak, Sahrein Maloh yang mewakili Bernas.

Program pemberian bag sekolah ini merupakan program “Kembali Ke Sekolah” atau Back-To-School Bernas yang telah dijalankan semenjak tahun lepas di mana bag sekolah diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang di seluruh Negeri Sarawak.

Justeru itu, program kemanusiaan ini merupakan program komuniti bagi membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan mendapatkan persiapan kembali ke sekolah. Program itu menumpukan kepada anak-anak yatim miskin dan anak-anak fakir miskin di kawasan luar bandar. 

“Diharapkan pemberian bag sekolah daripada BERNAS ini akan menjadi dorongan untuk meneruskan usaha mereka (pelajar) dan seterusnya juga kepada golongan yang kurang bernasib baik bagi mengurangkan bebanan ibu bapa bagi persekolahan yang akan datang,” tambah beliau.

Usaha syarikat ini akan dijalankan bagi sekolah-sekolah yang terpilih diseluruh Negeri Sarawak dan sebagai pembekal makanan ruji negara, iaitu beras, BERNAS akan terus melaksanakan tanggungjawab sosial ini kepada mereka yang memerlukan. 

BERNAS sentiasa giat melaksanakan pelbagai program dan aktiviti CSR di Negeri ini seperti program-program sumbangan beras keoada mangsa bencana alam, kebakaran dan banjir, anak-anak yatim, ibu tunggal, OKU, pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan program-program berkaitan dengan pembangunan pendidikan.

Tambahnya, diperingkat nasional pula BERNAS telah melancarkan kempen “Secupak Budi,Sepenuh Hati” atau Bowls for Humanity dimana 25gm daripada setiap pembelian beras 10kg (mempunyai pelekat kempen) diseluruh Negara akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim diseluruh Malaysia.

Di bawah kempen ini, dengan setiap pembelian kampit 10kg beras keluaran BERNAS oleh rakyat Malaysia, 25 gram akan didermakan kepada anak-anak yatim di Malaysia. Bagi tahun 2012, BERNAS berharap dapat menghulurkan sumbangan bernilai 1,200 tan beras kepada rumah-rumah anak yatim di seluruh negara. 

Sumbangan akan disalurkan pada setiap tiga bulan sekali ke rumah-rumah anak yatim di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang keseluruhannya menempatkan kira-kira 7,000 anak yatim. 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah para pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Unimas, Azuriaty Atang; Irma Yazreen Md Yusof dan Constance Justin Rinen Wah.

Mengenai BERNAS

Ikut resmi padi; semakin tunduk, semakin berisi – Peribahasa Melayu ini mencerminkan falsafah rendah hati kami di sebalik misi memastikan setiap rakyat Malaysia memperoleh bekalan beras secara berterusan.  Kekuatan 1,600 kakitangan BERNAS berupaya memenuhi keperluan beras negara sebagai makanan ruji rakyat Malaysia.  Ini adalah selaras dengan Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani dengan Kerajaan pada 1996, yang menetapkan antaranya empat (4) objektif berikut: Menguruskan Stokpail Negara, bertindak sebagai Pembeli Terakhir Padi pada Harga Minima Terjamin, Menguruskan Skim Pengilang Padi Bumiputera dan menguruskan Subsidi Harga Padi kepada pesawah bagi pihak Kerajaan.  BERNAS juga disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dan bertanggungjawab membekalkan 45% daripada permintaan beras tempatan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web BERNAS
logoblog

Thanks for reading Program Outreach BERNAS & Unimas di SMK Tinjar, Baram

Previous
« Prev Post

No comments: