Pengarah Program Pemanduan Berhemah, Hajar Zubaidsah Sophianna Abdul Zubir menyampaikan cenderamata kepada Mokhtar Samat di Dataran Integrasi Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, baru-baru ini.
MARAN 6 Mac - Program Pemanduan Berhemah anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di Jengka, dekat sini membolehkan pelajar menambah pengetahuan dalam keselamatan jalan raya.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM cawangan Pahang, Mokhtar Samat berkata, program tersebut secara tidak langsung mendedahkan pelajar tentang pemanduan berhemah ketika berada di jalan raya.
Menurutnya, ia juga bermatlamat untuk mengurangkan jumlah kemalangan di kawasan kampus ini serta kampus lain di negeri ini melalui pendekatan strategik dengan pelbagai pihak.
"Langkah tersebut memberi pengetahuan dan maklumat mengenai keselamatan jalan raya yang perlu diamalkan oleh pengguna pada setiap masa.
"Program itu juga memerlukan para pelajar lebih proaktif memahami dan berusaha mendapat pengetahuan serta maklumat mengenai keselamatan jalan raya," katanya ketika merasmikan program berkenaan di Dataran Integrasi UiTM cawangan Pahang itu, baru-baru ini.
Selain itu katanya, program yang dikendalikan oleh pelajar semester empat, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat itu membuktikan golongan mahasiswa mempunyai kebolehan dalam menganjurkan acara besar.
Penasihat program berkenaan, Noorsuraya Mohd. Mokhtar berkata, objektif program itu untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan warga UiTM Pahang.
- Utusan
No comments:
Post a Comment