Asruddin Abas (belakang, tiga dari kanan) bersama para pemenang acara merentas desa SMK St. Thomas Kuantan di Taman Gelora, Kuantan, kelmarin.
KUANTAN 6 Mac - Kira-kira 900 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Thomas Kuantan termasuk para guru dan kakitangannya menyertai program merentas desa di Taman Gelora di sini, semalam.
Pengetuanya, Asruddin Abas berkata, aktiviti kali ke-51 itu merupakan acara tahunan sekolah berkenaan.
Menurutnya, program itu bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar selain merupakan aktiviti kokurikulum sekolah.
"Tahun ini, acara merentas desa sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana kali ini kita menyediakan hadiah kepada 10 pemenang dari setiap tingkatan.
"Selain itu, memandangkan pelajar kita sangat agresif dan aktif, kita menambahkan jaraknya sedikit sejauh lapan kilometer berbanding hanya lima kilometer sebelum ini," katanya di sini kelmarin.
- Utusan
No comments:
Post a Comment