Powered by Blogger.

Tuesday, March 27, 2012

USM Tawar Program Sarjana Neurosains & Doktor Neurosains Tahun 2012

  NR       Tuesday, March 27, 2012

Omar menyempurnakan simbolik merasmikan Minggu Kesedaran Otak 2012 di Dewan Nurani USM, Kubang Kerian di sini. 

KOTA BHARU – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan bakal menawarkan program Sarjana Neurosains dan Doktor Neurosains dengan pengambilan seramai lapan pelajar setahun bermula tahun ini, kata Naib Canselornya, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, pelaksanaan program itu membolehkan USM muncul institusi pengajian tinggi pertama di negara ini khususnya dan Asia Tenggara amnya yang menawarkan kursus itu.

“Program Sarjana Neurosaoins memerlukan penuntutnya mengikuti pengajian selama setahun sebelum menyambung ke program Doktor Neurosains jika sekiranya berjaya dengan cemerlang.

“Kedua- dua program berkenaan akan menggabungkan akademi dan penyelidikan, di mana program Doktor Neurosains ini adalah setaraf dengan PHD,”katanya selepas merasmikan Minggu Kesedaran Otak 2012 di Dewan Nurani USM, Kubang Kerian di sini.

Omar berkata, kini pihaknya sedang mengenal pasti calon-calon yang berminat dan layak untuk mengiti kursus berkenaan.

Katanya, setakat ini maklum balas positif diterima dan ada yang menunjukkan minat dengan bertanya perkembangan program ditawarkan.

Menurutnya, tawaran mengikuti program berkenaan terbuka kepada pemegang ijazah dari pelbagai bidang tetapi keutamaan diberikan kepada yang mempunyai latar pendidikan sains perubatan dan teknologi.

Beliau berkata, dalam masa lima tahun lagi, USM akan berjaya menghasilkan 36 ahli sains neuro.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata,USM memerlukan wang  RM4 juta bagi menjalankan kajian dalam bidang neuro yang merangkumi empat komponen utama membabitkan sains fizik, kimia, biologi, dan matematik tambahan.

“Bagaimanapun geran RM2 juta yang diluluskan Kementerian Pengajian Tinggi tidak memcukupi dan memaksa pihaknya membawa keluar peruntukan dari tabung Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex), bagi membiayai kajian berkenaan,” katanya.

Credit to Detik Perubahan
logoblog

Thanks for reading USM Tawar Program Sarjana Neurosains & Doktor Neurosains Tahun 2012

Previous
« Prev Post

No comments: