Powered by Blogger.

Sunday, April 22, 2012

65 Mahasiswa Malaysia Tamat Kursus Perubatan di Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida)

  NR       Sunday, April 22, 2012

JAKARTA: Seramai 65 mahasiswa Malaysia tamat kursus perubatan di Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida) di sini, menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen universiti itu, semalam. 

Daripada jumlah itu, 43 orang merupakan graduan wanita.

Selepas ini mereka akan menjalani latihan klinikal di hospital selama satu setengah tahun di Indonesia atau dua tahun di Malaysia.

Mahasiswa Malaysia itu adalah sebahagian daripada 216 graduan perubatan universiti itu daripada keseluruhan 464 orang garduan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen itu. 

Ukrida sehingga kini sudah menghasilkan kira-kira 80 doktor umum dari Malaysia yang sudah kembali ke tanah air. 

Sementara itu, Pengarah Bbahagian Luar Negara Ukrida, Dr J. Goenawan, berkata Ukrida yang telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kolej Universiti Shahputra Malaysia akan menghantar pensyarahnya ke institusi pengajian tinggi itu untuk membantu memulakan kursus perubatan pada Ogos depan. 
- BERNAMA
logoblog

Thanks for reading 65 Mahasiswa Malaysia Tamat Kursus Perubatan di Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida)

Previous
« Prev Post

No comments: