Powered by Blogger.

Saturday, April 28, 2012

Bekas Pengetua Sekolah Langgan Pelacur Bawah Umur Dipenjara 9 Minggu

  NR       Saturday, April 28, 2012

SINGAPURA 27 April - Seorang bekas pengetua sekolah hari ini dijatuhi hukuman penjara selama sembilan minggu selepas mengaku bersalah melanggan seorang pelacur bawah umur.

Bekas pengetua tersebut merupakan lelaki pertama daripada 48 orang yang didapati bersalah melanggan pelacur tersebut selepas ditangkap dalam satu operasi besar-besaran.

Lee Lip Hong, 39, dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan minggu selepas mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan gadis yang ketika itu berumur 17 tahun.

Peguam belanya, Melanie Ho berkata, anak guamnya tidak akan melakukan rayuan dan hukumannya bermula hari ini.

Singapura pada 2008 menggubal satu undang-undang, menyatakan perbuatan melanggan pelacur di bawah umur 18 tahun adalah satu jenayah yang boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun.

Terdahulu, Lip Hong menyatakan dia tidak mempunyai sebarang alasan untuk meragui pelacur itu di bawah umur kerana iklan di talian menyatakan gadis itu berumur 18 tahun, lapor akhbar Straits Times menerusi laman webnya.

Dia kemudian pergi bertemu gadis itu di sebuah motel, lokasi mereka mengadakan hubungan seks dan Lip Hong membayarnya S$500 (RM1,228) termasuk tip S$50 (R122.50).

Suspek-suspek lain yang didakwa melanggan gadis itu termasuk seorang ahli perniagaan berprofil tinggi dan pegawai tentera, skandal yang menggemparkan golongan politik dan elit ekonomi Singapura.

Mereka ditangkap akhir tahun lalu dalam operasi besar-besaran polis sejak undang-undang mengharamkan pelacur bawah umur dikuatkuasa pada 2008. - AFP
logoblog

Thanks for reading Bekas Pengetua Sekolah Langgan Pelacur Bawah Umur Dipenjara 9 Minggu

Previous
« Prev Post

No comments: