Powered by Blogger.

Monday, April 09, 2012

Karnival Pendidikan MARA 2012 (Zon Sarawak), 11-12 April

  NR       Monday, April 09, 2012

KUCHING: Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sarawak menganjurkan Karnival Pendidikan MARA 2012 bagi zon Sarawak pada 11 dan 12 April ini di Dewan Pameran Permata Kuching.

Kanirval itu khusus dianjurkan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang disertai pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej luar negara termasuk institut MARA sendiri.

Acara dua hari itu bertujuan menyampaikan maklumat tentang peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi serta imformasi mengenai kemudahan bantuan kewangan disediakan oleh pihak MARA.

Menurut kenyataan media baru-baru ini, karnival itu akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Dewan Pameran Permata.

Majlis penutupan kanival nanti dijangka dirasmikan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh.

- UB
logoblog

Thanks for reading Karnival Pendidikan MARA 2012 (Zon Sarawak), 11-12 April

Previous
« Prev Post

No comments: