Powered by Blogger.

Thursday, April 26, 2012

Karnival Transformasi Generasi Muda di Balai Ringin, 5-6 Mei 2012

  NR       Thursday, April 26, 2012

RI AMAN, Khamis (19 April) – Para belia khasnya dari kawasan Balai Ringindan yang berdekatan digalak untuk menyertai Karnival Transformasi Generasi Muda 2012 yang akan berlangsung Pekan Balai Ringin, Serian bermula dari 5 hingga 6 Mei depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan ketika dihubungi berkata karnival terbabit bertujuan untuk menghapuskan persepsi negatif mengenai institusi teknikal dan vokasional dikalan belia dalam negeri ini.

“Rata-rata belia pada masa sekarang menganggap bahawa kemasukan ke universiti dianggap sebagai kelas pertama manakala kemasukan ke institusi teknikal seperti Giatmara, ICats dan sebagainya pula dianggap sebagai kelas kedua.

“Persepsi ini ternyata salah. Justeru pihak kita menerusi karnival terbabit akan cuba mempromosi institusi teknikal dan vokasional sebagai pilihan pertama para belia yang mahu menyambung belajar selepas ini,”katanya.

Selain itu para belia kata Snowdan juga perlu sedar bahawa institusi teknikal dan vokasional secara tidak langsung akan membuka peluang kepada mereka untuk bekerja di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui atau SCORE pada masa akan datang.

Dengan kata lain, menyambung belajar di universiti yang dianggap sebagai kelas pertama selama ini menurut beliau tidak semestinya akan memberi mereka laluan untuk memperoleh pekerjaan lebih baik selepas itu.

“Ia merupakan salah satu usaha pihak Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak atau TEGAS yang disertai oleh saya sendiri untuk mempertingkatkan status ekonomi rakyat negeri kita di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu karnival itu nanti adalah merupakan anjuran pihak TEGAS dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman, Snowdan dan Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat.

Bakal diadakan menerusi karnival itu nanti ialah kaunter institusi teknikal, pameran, bazaar ria, sukan rakyat, pertandingan sepaktakraw, konsert, pertunjukkan kugiran dan banyak lagi.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun akan merasmikan karnival tersebut pada malam 5 Mei manakala Ahli Dewan Negara iaitu Senator Dorris Sophia Brodi pula hadir pada 6 Mei ini untuk merasmikan program wanita di Dewan Balai Ringin sempena program terbabit.

- Utusan Sarawak Sri Aman
logoblog

Thanks for reading Karnival Transformasi Generasi Muda di Balai Ringin, 5-6 Mei 2012

Previous
« Prev Post

No comments: