Powered by Blogger.

Tuesday, April 17, 2012

Kejohanan Catur MSSN di Dewan Suarah Mesra Mukah, 12-14 April 2012

  NR       Tuesday, April 17, 2012

Kejohanan Catur MSSN Peringkat Negeri di Dewan Suarah Mesra mulai hari Khamis.

MUKAH:  Lebih daripada 350  pegawai, guru pengiring dan  pelajar dari seluruh negeri  berkampung di Bandar Mukah ini selama tiga hari.

Mereka  terlibat dengan Kejohanan Catur Majlis Sekolah-Sekolah Negeri Peringkat Negeri(MSSN) yang sedang berlangsung di Dewan Suarah Mesra Mukah, di sini.

Kejohanan tiga hari yang bermula pada hari Khamis hingga Sabtu ini dibahagikan kepada 3 kategori, 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun ke bawah.

Upacara perasmian kejohanan yang disertai oleh 284 peserta itu telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Abdillah Adam.

Juga hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Mukah, Abdul Wahab Haji Sapawi, pegawai-pegawai kanan daripada pejabat-pejabat Pelajaran daerah di Sarawak.

Dalam ucapan ringkasnya Abdillah yang berbangga dengan pencapaian Sarawak setakat ini percaya pemain catur negeri ini boleh pergi lebih jauh lagi.

"Sebenarnya pencapaian pemain catur tempatan cukup membanggakan pada peringkat kebangsaan yang mana pada tahun lalu kita muncul tempat ketiga, di belakang Selangor dan Kuala Lumpur.

Dan jika usaha itu dapat digandakan dan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, kita
boleh melahir pemain catur terkemuka di Negara ini," ujarnya lagi.

Justeru itu, beliau berharap ibubapa dan masyarakat umum untuk menggalakan anak-anak kita untuk melibatkan dengan permainan catur dengan lebih serius lagi.

"Pada pemerhatian saya, pelajar-pelajar yang terlibat dengan pemain catur ini adalah golong yang pandai, pintar dan cerdik," tambah Abdillah.

- Sarawak Update, 12 April 2012
logoblog

Thanks for reading Kejohanan Catur MSSN di Dewan Suarah Mesra Mukah, 12-14 April 2012

Previous
« Prev Post

No comments: