Powered by Blogger.

Saturday, April 21, 2012

Kerani Sekolah Maut Motosikal Terbabas Diserang Sakit Jantung

  NR       Saturday, April 21, 2012

BATU BERENDAM – Seorang kerani maut selepas motosikal ditungganginya terbabas berhampiran pusingan bulatan di hada­pan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini, semalam.

Rushdan Mohammad, 42, yang menunggang motosikal berseorangan dipercayai diserang sakit jantung semasa kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang itu.

Mangsa bertugas sebagai kerani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang sejak tiga tahun lalu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sallehudin Abd Rahman mengesahkan kejadian dan katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- SH
logoblog

Thanks for reading Kerani Sekolah Maut Motosikal Terbabas Diserang Sakit Jantung

Previous
« Prev Post

No comments: