Powered by Blogger.

Tuesday, April 17, 2012

Pelajar Perempuan Tingkatan 1 Maut Ditikam Di Pasar Malam

  NR       Tuesday, April 17, 2012


Hasrat seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun untuk membeli air minuman di pasar malam Wira Damai, Selayang tidak kesampaian apabila dia maut ditikam secara tidak sengaja oleh seorang lelaki tidak dikenali, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Nor Fatahana Misnawi, yang tinggal di Kampung Wira Damai dekat sini disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di sebuah klinik sejurus selepas ditikam.

Difahamkan, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Sungai Kertas itu menjadi mangsa keadaan apabila dia ditikam pada rusuk kanannya dengan pisau yang dipegang suspek yang ketika itu sedang mengejar seorang lelaki Indonesia di tengah-tengah pasar malam itu.

Semasa kejadian, mangsa sedang membeli air minuman bersama kakaknya yang berusia 15 tahun dan seorang rakan mereka di pasar malam terbabit. 

- Perak News
logoblog

Thanks for reading Pelajar Perempuan Tingkatan 1 Maut Ditikam Di Pasar Malam

Previous
« Prev Post

No comments: