Powered by Blogger.

Sunday, April 22, 2012

Pelajar Perempuan UPSI Maut Terjun Bangunan

  NR       Sunday, April 22, 2012

Fatimah Mina Binti Md Juferi.
Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
CGPA 3.57
TANJUNG MALIM – Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dipercayai jatuh dari tingkat tingkat 3 bangunan 5 tingkat E-Learning kampus universiti di Universiti ini petang tadi.

Pelajar berusia 22 tahun berasal dari Bakri, Muar, Johor Bharu merupakan penuntut Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dan pencapaian akademik yang baik (CGPA 3.57).

Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan. Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut.

Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di bahagian belakang bangunan tersebut. Mangsa dilihat menaiki lift untuk ke tingkat berkenaan beberapa minit sebelum kejadian.

Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian itu berlaku akibat cedera parah dibahagian bawah pinggang.

Ketika kejadian mangsa berpakaian berseluar trek dan bertudung.

Mayat dibawa keluar oleh polis kira-kira jam 9:30 malam tadi ke Hospital Slim River untuk bedahsiasat.

Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar.
logoblog

Thanks for reading Pelajar Perempuan UPSI Maut Terjun Bangunan

Previous
« Prev Post

No comments: