Powered by Blogger.

Friday, April 27, 2012

Pelajar Tingkatan Lima Lemas Selepas Berjogging

  NR       Friday, April 27, 2012

BACHOK – Seorang pelajar tingkatan lima yang dikatakan keluar untuk joging di tepi pantai berdekatan rumahnya, ditemu mati lemas dekat sini awal pagi semalam.

Ibu mangsa, Rohani Mat Daud,47, berkata, dia hanya mengetahu kejadian itu apabila dimaklumkan jirannya ketika dia sedang bekerja di kilang keropok berdekatan.

“Saya tidak tahu bila dia keluar untuk joging. Memang dia sering keluar joging bersama rakan- rakanya setiap hari minggu.

“Ketika saya keluar pagi tadi, dia sedang mandi. Saya tidak sempat bertanya ke mana dia hendak pergi kerana biasanya jika dia keluar joging, dia akan keluar bersama adiknya, Mohd Baharin,13, dan rakannya, Along yang tinggal di sebelah rumah,” katanya.

Mangsa dikatakan keluar joging kira- kira jam 7.30 pagi sebelum dilihat tenggelam di laut oleh nelayan dan orang ramai yang kebetulan mandi di lokasi berdekatan.

Selepas Mohd Fahmi gagal dikesan oleh nelayan yang menyelam mencarinya, orang ramai menghubungi pihak Bomba Dan Penyelamat untuk bantuan selanjutnya.

Pegawai Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Bachok, Mohd Shafie Sulong yang dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 7.38 dan tiba bersama sebuah jentera Bomba, Hilux dan sebuah bot.

“Bomba dengan lima anggota diketuai Pegawai Operasi Azmi Ibrahim menaiki bot penyelamat berjaya mengesan mayat mangsa beberapa meter dari pantai pada jam 8.05 pagi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke rumahnya yang berdekatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

- Detik Perubahan

logoblog

Thanks for reading Pelajar Tingkatan Lima Lemas Selepas Berjogging

Previous
« Prev Post

No comments: