Powered by Blogger.

Tuesday, April 17, 2012

PMU Anjur Karnival Projek Semester Akhir & Pertandingan Video (Audio Visual)

  NR       Tuesday, April 17, 2012

Pameran sedang berlangsung

Salah sebuah hasil kreativiti kumpulan pelajar yang terlibat

Mukah:  Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Mukah, Sarawak (PMU) telah menganjurkan Karnival Projek Semester Akhir dan Pertandingan Video (Audio Visual) , baru-baru ini.

Program yang  diadakan di Dewan Serbaguna PMU itu telah  melibatkan seramai 215 orang pelajar.

Antara tetamu yang hadir untuk menyaksikannya ialah Pengarah PMU, Wan Muhammad Afifi  Wan Abdullah, Timbalan Pengarah Akademik, PMU Haji Abdubrani  Yunus, dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Wan Yasima  Mohammad Amin.

Pameran projek ini melibatkan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik bagi pelajar semester 5 & 6 dan 8 orang pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

 Mereka seterusnya dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu  24 kumpulan bagi pelajar semester 5,  32 kumpulan bagi semester 6 serta 4 kumpulan pelajar peringkat sijil.

Projek yang  bertemakan 'Teknologi Hijau' itu memaparkan pelbagai rekaan hasil kreativiti pelajar yang terlibat, antaranya ialah perkakas rumah, robotik, motor, penderia dan pengaturcaraan.

Sementara  sebelah petang ialah Pertandingan Video yang melibatkan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik semester 5 yang mengambil kursus E4121 - Audio Visual System, dan dibahagikan kepada 14 kumpulan.

 Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan satu tugasan berdasarkan tema yang telah ditetapkan seperti 'Mukah a place like no others', 'Community and industry', ' A day in life' dan sebagainya.
Tugasan ini membolehkan pelajar untuk mengaplikasikan setiap teori yang telah dipelajari di dalam kelas Audio Visual bagi menghasilakan video yang paling menarik dan kreatif.

Antara pertandingan yang telah dilaksanakan bagi memeriahkan lagi Karnival Pameran Projek dan Audio Visual adalah  Projek terbaik dan 'booth' terbaik bagi Pameran Projek Akhir serta Pertandingan Video terbaik dan 'Best voted booth' bagi subjek E4121 (Audio visual system).

Antara objektif program ialah  bagi mempamerkan hasil projek dan pembentangan projek pelajar semester 5 dan 6 serta menunjukkan kreativiti dan bakat pelajar melalui penghasilan video dalam
pertandingan audio visual.

Dengan adanya persaingan antara kumpulan, pelajar-pelajar akan terus berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti.  Selain itu, diharapkan semangat berkumpulan dan bekerjasama dapat dipupuk di kalangan pelajar-pelajar dalam proses menyiapkan projek
semester akhir dan menghasilkan video berdasarkan tema yang diberikan. 

- Sarawak Update, 12 April 2012
logoblog

Thanks for reading PMU Anjur Karnival Projek Semester Akhir & Pertandingan Video (Audio Visual)

Previous
« Prev Post

No comments: