Powered by Blogger.

Monday, April 09, 2012

SMK Oya Juara Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun

  NR       Monday, April 09, 2012

Sepak mula  perlawanan akhir antara SMK Mukah dan SMK Oya di Padang Mesra MDDM Mukah

MUKAH: Pertandingan Bolasepak 18 Tahun Ke-bawah MSSB Mukah yang berakhir pada petang Khamis menyaksikan pasukan daripada SMK Oya muncul juara.

Pasukan dari Daerah Kecil Oya itu sememangnya layak untuk mendapat gelaran pasukan terbaik apabila membelasah SMK Mukah 3-0 pada perlawanan akhir.

Sementara itu, SMK Three Rivers dan SMK Dalat berkongsi tempat ketiga pada kejohanan yang diadakan di Padang Mesra Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) itu.

Lain-lain pasukan yang menyertai pertandingan ialah SMK Agama Igan, SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah Daro dan SMK St Patrick sebagai tuan rumah.

Ketua Unit Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah Mukah(PPD Mukah), Patrick Philip Moss, menyampaikan hadiah kepada pemenang sejurus selepas perlawanan akhir.

Kejohanan yang bermula 3 April hingga 5 April itu adalah anjuran bersama  SMK St Patrick dan PPD Mukah
.
Adalah difahamkan bahawa pihak penganjur sekarang dalam proses memilih pemain terbaik daripada pertandingan tersebut untuk membawa cabaran Mukah pada kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan di Betong pada 27 hingga 29 April ini.

Sumber: Sarawak Update
logoblog

Thanks for reading SMK Oya Juara Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun

Previous
« Prev Post

No comments: