Powered by Blogger.

Thursday, April 26, 2012

UMS-KAL perkenal pendekatan 7C

  NR       Thursday, April 26, 2012

Dr. Shariff Abdul Kadir Omang (depan, empat dari kiri) bersama kakitangan baru yang menghadiri program Orientasi Kakitangan UMS -KAL di Labun, baru-baru ini.

LABUAN 24 April - Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) perlu mengamalkan sikap 7C iaitu Cepat, Cekap, Cermat, Cerdik, Kreatif, Komunikasi dan Juara untuk meningkatkan prestasi kerjaya dan organisasi.

Pengarah UMS-KAL, Prof. Dr. Shariff Abdul Kadir Omang berkata, 7C jika diamalkan oleh semua warga universiti itu secara konsisten diyakini mampu meningkatkan prestasi kakitangan dan organisasi ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau kita semua mengamalkan sikap yang baik seperti ikhlas, hormat menghormati dan amanah dalam menjalankan tugas, saya yakin nama dan imej UMS akan terus melonjak ke persada antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Bersama Pengarah sempena program Orientasi Kakitangan UMS-KAL Siri 1/2012 di Dewan Theatrette, UMS-KAL di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pentadbiran, Musnin Mattersah; Penolong Pendaftar Unit Peperiksaan dan Kompetensi, Jabatan Pendaftar UMS, Joehan Joehari William dan urus setia program, Adrian Amatus.

Seramai 31 kakitangan baru UMS-KAL menghadiri program itu.

Shariff berkata, program dua hari itu bertujuan memberi penerangan dan pendedahan kepada kakitangan baru mengenai wawasan, visi dan falsafah UMS.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kakitangan agar sentiasa berbincang dengan ketua jabatan masing-masing bagi memastikan semua isu dan masalah dapat ditangani dan diatasi dengan baik tanpa menjejaskan nama baik dan imej universiti.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading UMS-KAL perkenal pendekatan 7C

Previous
« Prev Post

No comments: