Powered by Blogger.

Wednesday, May 23, 2012

> 100 Perwakilan Belia Hadiri Persidangan Persatuan Belia

  NR       Wednesday, May 23, 2012

BINTULU: Lebih 100 perwakilan belia yang membabitkan kakitangan di jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab sukan menghadiri Persidangan Persatuan Belia di sini dalam usaha membentuk peranan mereka dalam hal ehwal pembangunan di bahagian Bintulu.

Dua penceramah dijemput khusus membentangkan kertas kerja masing-masing dalam persidangan itu iaitu Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu Wan Ishak Wan Ahmad yang  mengupas mengenai `Belia Dalam  Kaca Mata 1Malaysia’.

Manakala pembentang kertas kerja kedua ialah bekas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Mohd Selihin Kachon yang  mengupas mengenai `Pengaruh Komunikasi Moden Dalam Pembangunan Belia’.

Persidangan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu  Sarawak (SABERKAS) Daerah Bintulu diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam BDA di sini semalam.

Selihin semasa ditemui berkata, beliau dijemput khusus untuk berkongsi pengalamannya dengan para peserta terutama pengalamannya selama 30 tahun dalam kerajaan dan semasa menerajui kegiatan belia di negeri ini.

Turut diadakan dalam persidangan itu adalah sesi soal jawab yang dikendalikan oleh Selihin.
Persidangan itu bertujuan untuk membincangkan isu serta masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia di semua peringkat.

Di samping itu ia juga untuk membincangkan kaedah berkesan pelaksanaan program-program pembangunan belia, sebagai  platform untuk perwakilan bertukar-tukar pendapat dan membincangkan kaedah terbaik bagi mengatasi permasalahan belia masa kini.

Keutamaan juga adalah untuk mewujudkan jaringan hubungan yang erat dalam kalangan perwakilan yang hadir dari pelbagai agensi kerajaan dan persatuan belia di bahagian Bintulu.

- UB, 18 Mei
logoblog

Thanks for reading > 100 Perwakilan Belia Hadiri Persidangan Persatuan Belia

Previous
« Prev Post

No comments: