TAMAT KEM: Rosnani (berdiri tengah) bergambar bersama sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian.
MIRI: Seramai 80 murid di bawah Program Bakti Pendidikan Petronas (PBPP) daripada sekolah angkat Petronas di Miri dan Bintulu menyertai Kem Motivasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hotel Imperial Palace pada 17 hingga 20 Mei lalu.
Kem selama empat hari itu disertai murid Tahun 6 daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2, SK Bekenu, SK Tatau dan SK Jepak (Bintulu).
Objektif utama kem itu ialah bagi menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di antara sekolah angkat Petronas.
Sepanjang program tersebut, murid-murid diberi tip mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan ketiga-tiga mata pelajaran tersebut.
Dengan adanya bimbingan dan bantuan ini, para peserta akan lebih bersedia untuk menduduki ujian nanti.
Ujian yang dilakukan sebelum dan selepas kem mendapati sebahagian peserta menunjukkan peningkatan dalam ketiga-tiga mata pelajaran.
Sementara itu, majlis penutupan kem dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Miri Rosnani Yunus, Pengurus Kanan Perancangan Bersepadu Petronas Carigali Sdn Bhd Rokiah Sulaiman, wakil Menteri Pelajaran Bilezan Baghdadi, guru besar dan guru-guru PBPP.
Kem ini merupakan salah satu usaha korporat Petronas dalam memperluas dan memperkaya pengalaman pembelajaran dan pendidikan di kalangan peserta.
- UB

No comments:
Post a Comment