Powered by Blogger.

Friday, May 11, 2012

Demo PTPTN: Majistret Tangguh Kes 4 Dituduh Halang Tugas DBKL

  NR       Friday, May 11, 2012

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini menangguhkan kes empat lelaki termasuk dua pelajar Universiti Selangor (Unisel) menghalang tugas penjawat awam sehingga 12 Jun depan.

Tertuduh pelajar tahun tiga, jurusan Diploma Pendidikan Pengajian Islam Unisel, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 21; pelajar tahun tiga jurusan Diploma Pendidikan Pra Sekolah Unisel, Mohd Alif Hafiz, 21; bekas kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Karim Abdullah, 23 dan peniaga, Shaiful Bukhari Ramlan, 25.

Majistret Nur Azura Murah menangguhkan prosiding hari ini atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya, Rebecca Mathan yang mengatakan bahawa belum melengkapkan dokumen berkaitan bagi proses pertuduhan.

Rebecca berkata pihaknya meminta penangguhan kerana beberapa dokumen seperti gambar sewaktu kejadian, laporan polis dan barangan yang dirampas dari di tempat kejadian belum diperolehi sepenuhnya daripada pihak berkaitan.

“Kita memerlukan sedikit masa untuk mengumpulkan bahan terbabit bagi meneruskan kes ini,” katanya.

Empat tertuduh itu diwakili peguam dari Lawyer of Liberty, Farhana Abdul Halim dan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sebelum itu, mereka ditahan di kawasan Dataran Merdeka pada 25 April lalu kerana menghalang penjawat awam iaitu anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas yang bertindak merampas khemah-khemah yang dipasang.

Sekumpulan aktivis mahasiswa sebelum ini dilaporkan mendirikan khemah di Dataran Merdeka menuntut agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

- SH, 10 Mei
logoblog

Thanks for reading Demo PTPTN: Majistret Tangguh Kes 4 Dituduh Halang Tugas DBKL

Previous
« Prev Post

No comments: